Monday, January 7, 2013

10,000 Tempat Percuma AirAsia 9 Januari Ini


Sumber : Mynewshub.my
KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad (AirAsia) menawarkan sebanyak 10,000 tempat duduk percuma kepada orang ramai terutama kepada mereka yang tidak pernah menaiki pesawat melalui Program Integrasi 1Malaysia syarikat penerbangan berkenaan.
AirAsia melalui satu kenyataan media memberitahu, tempat duduk percuma bagi penerbangan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung itu antara lain bertujuan meningkatkan integrasi antara penduduk semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
“Tempat duduk percuma ini akan dibuka untuk tempahan kepada rakyat Malaysia melalui laman web www.airasia.com pada 9 Januari ini.
“Tempat duduk percuma ini adalah untuk penerbangan segera dari 14 Januari hingga 4 Februari 2013. Tambang serta surcaj bahan api diketepikan dan hanya cukai lapangan terbang dikenakan bagi tempat duduk percuma ini,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, tempat duduk percuma itu bagaimanapun hanya untuk penerbangan yang berlepas dari Semenanjung Malaysia ke Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu dan Bintulu serta penerbangan dari Timur Malaysia ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Jelas kenyataan itu, penerbangan domestik dalam Semenanjung Malaysia, Sabah serta Sarawak tidak termasuk dalam program itu dan perkhidmatan lain seperti peruntukan bagasi serta pemilihan tempat duduk juga tidak termasuk dalam tawaran tersebut.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar melalui kenyataan sama berkata, AirAsia mempunyai sebanyak 417 penerbangan pada setiap minggu bagi laluan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan 62 penerbangan yang berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke lapan destinasi di Sabah dan Sarawak pada setiap hari.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Integrasi 1Malaysia AirAsia boleh melayari laman web yang sama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin mengumumkan pelaksanaan ‘Program Integrasi 1Malaysia’ bersama AirAsia yang menyaksikan tawaran penerbangan percuma oleh syarikat penerbangan itu bagi laluan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, untuk satu tempoh tertentu.

4 comments:

kemei said...

cammenarik ~ tp x cuti sekolah......susah!

Rabia Sensei said...

cuti CNY? hehe

Nadot said...

cuba juga beli pukul 12 malam.. dah ok dapat dah, nak check out je, terus katanya orang dah ambik tempat tu... tensen je... hehe

hi kak! ;)

p/s: kenapa untuk 'choose identity' bila nak komen akak off part yang boleh masuk name & URL? hehe

nadot.my

Rabia Sensei said...

Hi Nadot. alala, cian nyer. takperlah next time yer.

p/s : Ya ker? tak tahu lah pulak. takper2 nanti akak adjust yer. TQ