Tuesday, February 1, 2011

Tukar Segera Pinjaman PTPTN Anda Ke (1%) Sekarang!

Picture Credit : Tawaran Pertukaran Pinjaman (5% dan 3%) Kepada Pembiayaan Ujrah (1%)

Saya baru sahaja membuat pendaftaran permohonan penukaran pinjaman (5% dan 3%) kepada pembiayaan Ujrah (1%). Yes, I am still paying my PTPTN loan. Don't have enough money to pay it in lump sum.

Saya telah menerima surat daripada PTPTN yang mendapati saya layak untuk dipertimbangkan kepada pembayaran Ujrah (1% ). For your info, PTPTN sedang melaksanakan program pertukaran pinjaman (5% dan 3%) kepada pembiayaan Ujrah (1%).

So, bagi melancarkan proses pertukaran tersebut, saya dikehendaki untuk mengemaskini dengan segera maklumat tambahan di dalam laman web PTPTN. Permohonan yang telah diproses dan layak ditawarkan pertukaran pembiayaan Ujrah ini akan dimaklumkan melalui emel pada 10hb setiap bulan. So, kalau saya layak, saya akan di beri (1%) instead of (5% atau 3%). Isk, isk, kalau tak layak. Nampaknya lambat lagilah loan saya ini nak habis bayar. So sad.

Jadi, sudahkah anda mengemaskini maklumat tambahan di laman web PTPTN? Bertindaklah segera kerana tawaran ini hanya sah sehingga 28 Februari 2011.

Any questions regarding Pembiayaan Ujrah? Read the FAQ here

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...