Sunday, January 27, 2013

Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013 Penuh Informasi


Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013 memang sarat dengan informasi. Ini serba sedikit coretan saya untuk majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013.

Ini saya bersama blogger - blogger otai. Dari kiri Pen Merah, Deq Noor, saya dan Yuyu Zulaikha. Kami duduk semeja bersama dengan wakil media BH. Nisa Khay pun ada datang tapi tak sampai lagi semasa gambar ini di ambil. Dia orang ini sangat - sangat humble. 


Yuyu Zulaikha dan Deq Noor sangat bertuah hari tu coz dapat bawa pulang hadiah cabutan bertuah. Deq Noor dapat satu set pinggan mangkuk Corelle. Yuyu Zulaikha pula dapat mini hamper. Yang menarik lagi, dia juga adalah satu ahli panel untuk mini forum Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013. Cayalah Yuyu Zulaikha! Check punya check, rupanya saya pernah ada buat entry pasal kisah 
Yuyu Zulaikha dan  [ ! d a r x z o n e ! ] di Bila Hati Ada Taman. Jangan marah yerk ;p



Ini saya bersama wakil media Berita Harian BH. Salah seorangnya ada blog iaitu Rumputsabor. Tak sempat nak berborak panjang sebab mereka pun ada tugasan masa ini. Dua orang dari wakil media BH ini dapat hadiah cabutan bertuah. Kakak yang bertudung biru dapat hamper Teddy Bear dan yang bertudung coklet-oren, Rumputsabor dapat gold bar. Tak ingat berapa gram. Tahniah yer.



Ini pula saya bersama dengan junior SMAKL, Nadot, lecturer Bio di UITM lagi tu. Nadot dan husband duduk satu meja dengan the singing blogger, Zarul Umbrella. Dalam hati, naklah juga bergambar dengan Zarul Umbrella. Tapi sebabkan rasa segan, tak dapatlah bergambar. Bergambar dengan Nadot je lah. Haha! Itu pun dia yang datang ke table kami. Hehe, kami ni kan pemalu. Lalala~~

Nadot adalah antara orang kuat untuk Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013. Mostly bloggers yang datang tu dah kenal dengan Nadot. Yalah, dia kan seorang yang friendly, peramah, kelakar dan sangat mudah didekati. Memang sejak zaman belajar lagi memang dia macam tu. Dia dan hubby dapat bawa pulang dua hadiah cabutan bertuah, kalau tak silap saya lah.




Ini adalah antara aktiviti yang diadakan di majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013. Sebelum mini forum, ada persembahan dari the singing blogger kita iaitu Zarul Umbrella. Best! Sayangnya gambar yang kami ambil tak jelas. Huhu, kecewa~

Untuk mini forum yang pertama ini, ahli - ahli panelnya terdiri daripada blogger - blogger terkenal. Dari kiri Kak Kujie, Abang Ensem, Ustaz Noehas dan Beautifulnara atau lebih dikenali sebagai Abang Nara. Moderatornya ialah Abang Ensem. Memang ensem lah! Senyum jer bak gula merah gitu~~ 

Untuk mini forum yang kedua pula, gambarnya tak sempat di ambil  kerana kami tengah sibuk makan kut. Dah katanya makan free, itu yang buat kami balun jer. Tapi taklah makan banyak sangat. Ala-ala kadar jer. (Boleh percaya ker?)

Panel untuk mini forum kedua pula terdiri daripada Yuyu ZulaikhaAmanz, Bro Framestone dan Fatamorgana (Blogger dari Indonesia). Moderatornya ialah Bro Framestone. Banyak informasi dan tip - tip menarik yang saya pelajari dari ahli - ahli panel jemputan. Akan saya kongsikan kemudian!


Lihat gambar diatas. Ini serba sedikit suasana sekitar Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013. Ramai bloggers yang datang. Majlis ini diserikan lagi dengan pengacara Karl Shafik. Kacak orangnya. Tambahan pula, ramai bloggers terkenal yang datang. Contohnya, blogger nombor 1 Malaysia, BeautifulnaraJejari RuncingZarul Umbrella dan ramai lagilah. 


Ini pula berkaitan dengan misi Gaza. Akan ada banyak perancangan. Antaranya realiti show yang akan menggunakan Youtube as a platform. So, tunggu kemunculannnya~ 



Daripada gambar ni saja pun dah boleh teka kan? Inilah hadiah yang saya dapat hasil cabutan bertuah. Hadiah dari Lubuk Rahsia. Rupa- rupanya Lubuk Rahsia ni milik Fahmy, kawan sekelas masa SMAKL dulu. Anyway, thanks Fahmy! Thanks Denaihati! Jadikan event ini sebagai event tahunan yer. Harap-harap ada lagi event-event best dari Denaihati.

p/s : Kalau ada salah info, sila inform saya yer. Thanks!

20 comments:

hazman aka species1980 said...

salam kenal... nampaknya event nie jadi macam reunion EX SMAKL pulak yea...hehehehe

Nadot said...

mana ade orang kenal saya la kakak... 3-4 orang je kot... saye pun baru baru juge...segan ok... hehehe...

saya dah update letak gambar kite berdua juge dlm blog.. Tadi dah asingkan gambar2 nak letak... tapi bile upload, tertinggal juge gambar akak ... padahal mmg niat nak letak... hehehe

Hope jumpa lagi kak dalam event2 blogger lain.. nanti kite buat reunion blogger ex smakl ke pulak.. hahaha

azmanisma said...

Lain kali jangan malu2 yer hehehe...

Rabia Sensei said...

Salam bro Hazman, haha, jumpa Nadot sorang jer pun. Dah lama tak jumpa kawan2 lama

Salam perkenalan :)

Rabia Sensei said...

Nadot tak nampak segan pun. Nampak macam tuan rumah, duk sibuk layan org jer. hehe.
Ada ramai ker blogger dari SMAKL? boleh jer kalau nak buat reunion. ;p

Rabia Sensei said...

Azmanisma, hehe. akan diusahakan. ;p

akumann2803 said...

Bestnya. ...
Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

akubiomed said...

Sudah macam perjumpaan Jejak Kasih. Apa pun majlis #SBB2013 penganjurannya meriah.

Geng Borak said...

laaaaaa.... dak SMAKL ghupenye... salam kenald ari saya shakiddo.com

uncle gedek said...

Kita tak sempat borak-borak, kan...?

Rabia Sensei said...

Ummiaiman, salam perkenalan :)

Rabia Sensei said...

Bro Kid, salam perkenalan. Aah, saya budak SMAKL. awat?

Rabia Sensei said...

Uncele gedek, takut nak borak dengan uncle masa tu. huhu

boni kacak said...

berjumpa kita di alam maya ini :)

boni kacak said...

rasa macam dah tinggalkan komen kat sini.. hurm, tapi tak berapa pasti..

nurmisnan said...

salam kenal juga dari nurmisnan..

Rabia Sensei said...

Boni yang kacak ;p
salam perkenalan. sorry, saya baru update blog. baru nak publish ;p

Rabia Sensei said...

Nur misnan, salam perkenalan :)

Saidatul Aisyah said...

Salam perkenalan kak rabia.. hehe.. :)

Rabia Sensei said...

Aisyah, salam perkenalan :)