Ini saya bersama blogger - blogger otai. Dari kiri Pen Merah, Deq Noor, saya dan Yuyu Zulaikha. Kami duduk semeja bersama dengan wakil media BH. Nisa Khay pun ada datang tapi tak sampai lagi semasa gambar ini di ambil. Dia orang ini sangat - sangat humble.
Yuyu Zulaikha dan Deq Noor sangat bertuah hari tu coz dapat bawa pulang hadiah cabutan bertuah. Deq Noor dapat satu set pinggan mangkuk Corelle. Yuyu Zulaikha pula dapat mini hamper. Yang menarik lagi, dia juga adalah satu ahli panel untuk mini forum Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013. Cayalah Yuyu Zulaikha! Check punya check, rupanya saya pernah ada buat entry pasal kisah Yuyu Zulaikha dan [ ! d a r x z o n e ! ] di Bila Hati Ada Taman. Jangan marah yerk ;p
Nadot adalah antara orang kuat untuk Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013. Mostly bloggers yang datang tu dah kenal dengan Nadot. Yalah, dia kan seorang yang friendly, peramah, kelakar dan sangat mudah didekati. Memang sejak zaman belajar lagi memang dia macam tu. Dia dan hubby dapat bawa pulang dua hadiah cabutan bertuah, kalau tak silap saya lah.
Ini adalah antara aktiviti yang diadakan di majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013. Sebelum mini forum, ada persembahan dari the singing blogger kita iaitu Zarul Umbrella. Best! Sayangnya gambar yang kami ambil tak jelas. Huhu, kecewa~
Untuk mini forum yang pertama ini, ahli - ahli panelnya terdiri daripada blogger - blogger terkenal. Dari kiri Kak Kujie, Abang Ensem, Ustaz Noehas dan Beautifulnara atau lebih dikenali sebagai Abang Nara. Moderatornya ialah Abang Ensem. Memang ensem lah! Senyum jer bak gula merah gitu~~
Untuk mini forum yang kedua pula, gambarnya tak sempat di ambil kerana kami tengah sibuk makan kut. Dah katanya makan free, itu yang buat kami balun jer. Tapi taklah makan banyak sangat. Ala-ala kadar jer. (Boleh percaya ker?)
Panel untuk mini forum kedua pula terdiri daripada Yuyu Zulaikha, Amanz, Bro Framestone dan Fatamorgana (Blogger dari Indonesia). Moderatornya ialah Bro Framestone. Banyak informasi dan tip - tip menarik yang saya pelajari dari ahli - ahli panel jemputan. Akan saya kongsikan kemudian!
Lihat gambar diatas. Ini serba sedikit suasana sekitar Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013. Ramai bloggers yang datang. Majlis ini diserikan lagi dengan pengacara Karl Shafik. Kacak orangnya. Tambahan pula, ramai bloggers terkenal yang datang. Contohnya, blogger nombor 1 Malaysia, Beautifulnara. Jejari Runcing, Zarul Umbrella dan ramai lagilah.
Ini pula berkaitan dengan misi Gaza. Akan ada banyak perancangan. Antaranya realiti show yang akan menggunakan Youtube as a platform. So, tunggu kemunculannnya~
Daripada gambar ni saja pun dah boleh teka kan? Inilah hadiah yang saya dapat hasil cabutan bertuah. Hadiah dari Lubuk Rahsia. Rupa- rupanya Lubuk Rahsia ni milik Fahmy, kawan sekelas masa SMAKL dulu. Anyway, thanks Fahmy! Thanks Denaihati! Jadikan event ini sebagai event tahunan yer. Harap-harap ada lagi event-event best dari Denaihati.
p/s : Kalau ada salah info, sila inform saya yer. Thanks!
20 comments:
salam kenal... nampaknya event nie jadi macam reunion EX SMAKL pulak yea...hehehehe
mana ade orang kenal saya la kakak... 3-4 orang je kot... saye pun baru baru juge...segan ok... hehehe...
saya dah update letak gambar kite berdua juge dlm blog.. Tadi dah asingkan gambar2 nak letak... tapi bile upload, tertinggal juge gambar akak ... padahal mmg niat nak letak... hehehe
Hope jumpa lagi kak dalam event2 blogger lain.. nanti kite buat reunion blogger ex smakl ke pulak.. hahaha
Lain kali jangan malu2 yer hehehe...
Salam bro Hazman, haha, jumpa Nadot sorang jer pun. Dah lama tak jumpa kawan2 lama
Salam perkenalan :)
Nadot tak nampak segan pun. Nampak macam tuan rumah, duk sibuk layan org jer. hehe.
Ada ramai ker blogger dari SMAKL? boleh jer kalau nak buat reunion. ;p
Azmanisma, hehe. akan diusahakan. ;p
Bestnya. ...
Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com
Sudah macam perjumpaan Jejak Kasih. Apa pun majlis #SBB2013 penganjurannya meriah.
laaaaaa.... dak SMAKL ghupenye... salam kenald ari saya shakiddo.com
Kita tak sempat borak-borak, kan...?
Ummiaiman, salam perkenalan :)
Bro Kid, salam perkenalan. Aah, saya budak SMAKL. awat?
Uncele gedek, takut nak borak dengan uncle masa tu. huhu
berjumpa kita di alam maya ini :)
rasa macam dah tinggalkan komen kat sini.. hurm, tapi tak berapa pasti..
salam kenal juga dari nurmisnan..
Boni yang kacak ;p
salam perkenalan. sorry, saya baru update blog. baru nak publish ;p
Nur misnan, salam perkenalan :)
Salam perkenalan kak rabia.. hehe.. :)
Aisyah, salam perkenalan :)
Post a Comment